Friday, July 01, 2011

Berkarya (5)

Terima kasih hanya itu mampuku katakan
Segala pemberian hanya tinggal kenangan
Mengenang nasib tidak mampuku fikirkan
Hanya berdoa & berserah kepada Tuhan

Mungkin ini takdir kehidupan
Sudah tersurat untuk dijalankan
Kerana serik tidak diendahkan
Terasa kesedaran dengan balasan

Tidak pernah menggangu kehidupan
Tapi aku saja yang menerima gangguan
Bersyukur dengan segala ujian
Hanya mampu berdoa untuk kebahgiaan
Dan tidak mengharapkan balasan

Apa perasaan setelah diduakan
Walaupun tiada apa-apa hubungan
Kerana mempunyai lagi cebisan
Hati sukar untuk dilepaskan
Selagi tiada bukti di depan
Sayang menyayang terus terusan

Kufikirkan ditinggalkan kerana kejayaan
Betul juga istilah mengatakan
'Dekat diperlukan jauh dicampakkan'
Tiada mengharap apa-apa balasan
Ditinggal digantikan yang kekosongan

Sikit pun air mata tidak di titiskan
Kerana aku bukan kebudak-budakkan
Memang di kategorikan 'kekecewaan'
Ku lihat bukan sekali kau lakukan
Adakah selepas ini berulangan?

Terima kasih sekali lagi ku ucapkan
Kerana cebisan-cebisan hatiku sudah kau lemparkan
Ku kutip untuk dicantumkan
Mengharap teruskan kehidupan

Harap manusia terdekat memberi sokongan
Harap juga semangatku dikembalikan
Matlamat hidup teruskan kejayaan
Untuk ke depan dengan kesenangan

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
Harap mendapat pasangan yang mempunyai kehidupan. Amin....
1 Julai 2011

No comments:

Post a Comment